Download movie or watch movie online free. Direct download and fast. Watch trailer, imdb rating, action, thriller, romance, war. Ganool, YTS YIFY, RARBG. 720p, 1080p.

Sunday, 15 June 2014

Bangladesh Ditawan negara Brazil, Argentina



BENDERA pasukan yang bertanding dalam Piala Dunia FIFA diletakkan di atas bumbung di bandar Bardi dekat Bangladesh. - Foto AFP

DHAKA: Pihak berkuasa di barat Bangladesh menyeru peminat bola sepak tempatan untuk menurunkan puluhan ribu bendera Brazil dan Argentina di atas bumbung ketika digamit bahang bola sepak Piala Dunia di negara yang amat gila dengan sukan kriket itu.

Menjelang perlawanan pembukaan antara Brazil dan Croatia, esok, kebanyakan bandar di negara berkenaan bertukar kepada lautan warna kuning dan hijau (Brazil) atau biru putih (Argentina) sebagai tanda sokongan kepada kedua-dua pasukan gergasi dari negara Amerika Latin itu. 

Mustafizur Rahman - seorang pentadbir kerajaan di daerah Jessore dengan jumlah penduduk 2.7 juta orang itu berkata senario yang mempersembahkan bendera dua berkenaan secara besaran itu hanya memberi gambaran tiada rasa hormat kepada bendera Bangladesh.


“Ketika Piala Dunia sudah hampir mahu bermula, kami sekarang sudah menjadi negara Argentina dan Brazil. Di mana sahaja anda dapat lihat bendera Argentina dan Brazil melekat hampir di setiap bumbung bangunan atau rumah,” katanya kepada AFP, hari ini.

“Kami tak kisah jika rakyat kami memakai jersi pasukan kegemaran mereka tapi ia nampak tak bagus apabila bendera negara lain berkibar di atas bumbung kami.”

Bangladesh membelanjakan kira-kira RM12 juta untuk yuran kemunculan bagi menjadi tuan rumah perlawanan persahabatan antara Argentina pimpinan Lionel Messi menentang Nigeria pada September 2011. - AFP