Saturday, 14 June 2014
Wanita Malaysia Paling Ramai Curang
Seperti yang dilaporkan sebuah akhbar tempatan, wanita Malaysia dikatakan paling ramai curang atau bermain kayu tiga dengan pasangan mereka menurut sebuah kajian. Perkara ini perlu di ambil berat oleh para jejaka di luar sana agar berhati-hati dalam memilih pasangan hidup
dan tidak mudah terpedaya dalam menjalin perhubungan.
Namun, ketepatan kajian-kajian ini masih tidak dapat dipastikan dan agak meragukan. Apa-apa pun setiap pasangan haruslah memberi perhatian sepenuhnya serta melaksanakan tanggungjwab masing-masing sebaik mungkin agar isu orang ke-3 tidak timbul.
Ingatlah bahawa kepercayaan yang telah diamanahkan oleh pasangan masing-masing akan hilang selamanya jika ia tidak dijaga sebaik mungkin. Kepercayaan diberikan atas dasar memberi peluang ke-2 tidak akan sama serinya dengan kepercayaan dulu yang pernah diberikan. Jadi fikirlah akibat setiap perkara sebelum melakukan apa-apa tindakan.