Friday, 13 June 2014
Malaysia Tangga ke-15 Kenaikan Harga Rumah
Menurut laporan terbaharu Indeks Harga Rumah Global Knight Frank, Malaysia berada di tangga ke-15 dalam kenaikan harga rumah dunia. Malaysia berada di tangga ke-15 kenaikan harga rumah tertinggi pada suku pertama 2014 daripada 54 negara yang dikaji dalam laporan tersebut.

U
ntuk info, Indeks Harga Rumah Global Knight Frank yang dimulakan pada tahun 2006 ialah pengukur utama kepada pelabur serta pemaju untuk memantau dan membandingkan prestasi pasaran kediaman di seluruh dunia. Maklumatnya dikumpulkan pada setiap suku tahun menggunakan perangkaan rasmi kerajaan atau data
bank pusat.
Sebagai ingatan buat semua, harga rumah akan terus meningkat dari tahun ke tahun, jadi mulakan langkah segera untuk memiliki rumah sendiri, dan jangan lepaskan peluang untuk peroleh pendapatan pasif dalam bidang hartanah ini.
Menurut laporan itu lagi, Malaysia adalah negara kelima di rantau Asia yang mencatatkan kenaikan harga tertinggi sepanjang tempoh itu, di belakang Emiriah Arab Bersatu (UAE), China, Taiwan dan Indonesia.
Daripada laporan yang dikeluarkan ini, terdapat bebrapa kebaikan dan kekurangannya. Dari sudut positif, melihatkan peluang terbuka untuk rakyat Malaysia melaburkan wang dalam bidang hartanah yang sememangnya sedang berkembang pesat di negara kita.
Dan dari satu sudut lain pula, akan terdapat ramai golongan yang tidak berkemampuan tidak akan mampu memiliki rumah sendiri akibat kenaikan yang membebankan dalam pemilikan rumah baharu.
Jadi seharusnya kerajaan melihat isu dan perkara ini lebih serius dan menambahkan lagi banyak projek-projek rumah mampu milik untuk rakyat Malaysia. Satu mekanisma juga perlu dibuat dengan lebih baik dan teratur supaya hanya golongan yang benar-benar memerlukan sahaja akan mendapat kemudahan pemilikan rumah mampu milik daripada kerajaan.
Ramai antara kita sering keluh kesah apabila melihat harga rumah yang tidak mampu dengan bajet dan pendapatan sedia ada. Ramai perlu berhutang, dan ambil masa lama untuk melunaskan pinjaman perumahan. Seharusnya bank-bank pemberi pinjaman memikirkan soal ini, dan tidak hanya mahu kaut keuntungan berlipat kali ganda.
Manakala golongan yang ada ilmu dan modal, bolehlah membuat pelaburan dalam bidang hartanah dan pemilikan rumah ini untuk menjana income berterusan.