Download movie or watch movie online free. Direct download and fast. Watch trailer, imdb rating, action, thriller, romance, war. Ganool, YTS YIFY, RARBG. 720p, 1080p.

Saturday 30 January 2016

UM Ucap Terima Kasih Kepada PM


KUALA LUMPUR – Universiti Malaya (UM) mengucapkan terima kasih kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak kerana mengutamakan sektor pendidikan dalam pengubahsuaian Bajet 2016.
Naib Canselornya, Prof. Datuk Dr. Mohd. Amin Jalaludin berkata, pengubahsuaian Bajet 2016 seperti yang diumumkan semalam menunjukkan kerajaan tetap mengutamakan aspek pendidikan walaupun pada waktu ekonomi yang suram akibat faktor global.

“Pihak pengurusan UM mengucapkan kesyukuran dan berterima kasih atas keprihatinan kerajaan yang terus menekankan sektor pendidikan sebagai teras utama pembangunan negara.
“Jaminan kerajaan bahawa mereka tidak akan sesekali mengurangkan bajet bagi sektor pendidikan sesuatu yang melegakan UM dan pihak berkepentingan lain khususnya mahasiswa dan ibu bapa yang bimbang akan masa depan serta hala tuju pendidikan negara,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.
Mohd. Amin berkata, UM turut mengalu-alukan langkah kerajaan untuk meneruskan empat program tajaan JPA pada 2016 iaitu MyBrain15, Skim Latihan Akademik Bumiputra dan Skim Latihan Akademik IPTA.
Katanya, mahasiswa juga seharusnya tidak perlu khuatir akan ketiadaan dana yang mencukupi untuk meneruskan pengajian di institusi pengajian awam (IPTA) berikutan peruntukan RM5 billion yang disalurkan menerusi Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN).
“Pihak pengurusan juga mengalu-alukan langkah untuk menambah sejumlah 15,000 tempat buat pelajar baru program MyMaster dan 5,000 untuk MyPhD dan 300 untuk Skim Latihan Akademik IPTA dengan peruntukan tambahan RM300 juta,” katanya.
Jelas beliau, langkah itu akan meneruskan kesinambungan UM sebagai pusat pendidikan tinggi terulung di negara ini dan menggalakkan budaya pembelajaran pada pelbagai lapisan umur.