Download movie or watch movie online free. Direct download and fast. Watch trailer, imdb rating, action, thriller, romance, war. Ganool, YTS YIFY, RARBG. 720p, 1080p.

Sunday, 27 July 2014

Wanita pakai maskara yang dicuri dari lokasi MH17 terhempas dikecam



Wanita pakai maskara yang dicuri dari lokasi MH17 terhempas dikecam
Ekaterina Parkhomenko - Foto The Telegraph

Seorang wanita warganegara Ukraine menimbulkan kemarahan orang ramai apabila memuatnaikkan gambarnya di laman Instagram dengan memakai maskara yang dicuri dari lokasi pesawat MH17 terhempas.

Ekaterina Parkhomenko yang melabelkan dirinya anggota puak pemisah Ukraine di Instagram, memuatnaik gambar itu dengan‘caption’ “Mascara from Amsterdam; to be precise, from the field. Well, you understand.”

Menurut laporan news.com.au, Parkhomenko tinggal di bandar Torez dimana pesawat MH17 ditembak jatuh pada 17 Julai yang lalu.

mascara

Parkhomenko dilaporkan tidak mengambil maskara itu sendiri, tetapi ia telah diberi kepadanya oleh seorang rakannya.

Tindakannya itu dikutuk hebat oleh pengguna media sosial dan The Telegraph melaporkan bahawa akaun Instagramnya telah dipadamkan.

Namun The Telegraph melaporkan Parkhomenho sempat membalas beberapa komen pada gambarnya.

Ada seorang pengguna Instagram berkata “Adalah satu perkara yang baik awak tidak makan makanan dalam penerbangan itu  atau apa-apa sahaja awak boleh jumpa.”

Untuk itu, Parkhomenho membalas “Adakah awak mahu saya menghantar makanan juga? Dan seluar dalam? Dan najis? ".