Download movie or watch movie online free. Direct download and fast. Watch trailer, imdb rating, action, thriller, romance, war. Ganool, YTS YIFY, RARBG. 720p, 1080p.

Saturday, 27 June 2015

Gambar polis bawa tong gas jadi viral



Tapah : “Anggota trafik berkenaan menjalankan tugas dan tidak seperti didakwa segelintir pihak menerusi laman sosial,” kata Ketua Polis Daerah Superintendan Som Sak Din Keliaw.
Beliau berkata demikian ketika mengulas dua gambar anggota trafik dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tapah membawa tong gas di sekitar Pekan Bidor yang tersebar luas dalam laman media sosial sejak beberapa hari lalu.
Som Sak berkata, berdasarkan semakan pada 22 Jun lalu, jam 10.15 pagi, tiga anggota trafik berkenaan melakukan tugas penguatkuasaan lalu lintas di Kilometer 57, Jalan Ipoh-Kuala Lumpur.
Menurutnya, ketika itu anggota berkenaan menahan seorang penunggang motosikal yang melakukan kesalahan.
Katanya, lelaki itu melakukan kesalahan tidak mengikat tali topi keledar dan dikeluarkan saman terhadapnya.