Download movie or watch movie online free. Direct download and fast. Watch trailer, imdb rating, action, thriller, romance, war. Ganool, YTS YIFY, RARBG. 720p, 1080p.

Sunday 26 July 2015

Selepas Pemain Pahang, Kini Pemain AS Roma Pula Tidak Dibenarkan Masuk Ke Indonesia


JAKARTA: Lima pemain kelab AS Roma daripada Itali tidak dapat beraksi pada perlawanan persahabatan di sini, esok, selepas dihalang daripada memasuki Indonesia dan diarah pulang. 


Pasukan berkenaan yang tiba di sini, pada lewat petang semalam, dalam lawatan pertama kelab Serie A itu, berdepan masalah dengan kastam negara itu, kata Ketua 
Eksekutif AS Roma, Italo Zanzi. Seydou Doumbia, Gervinho, Victor Ibarbo, Adem Ljajic dan Antonio Sanabria tidak dibenarkan masuk oleh Jabatan Imigresen di Lapangan Terbang Antarabangsa Jakarta dan terpaksa kembali dengan penerbangan lain ke Rom. 


Zanzi berkata, ia 'sangat mengecewakan' semua pemain berkenaan kerana tidak dapat menyertai rakan sepasukan bagi perlawanan persahabatan dua pasukan AS Roma. "Ia benar-benar mengecewakan kami, selepas berusaha untuk sampai ke sini," katanya yang dipetik menerusi laman web kelab berkenaan. "Ia bukan sesuatu yang positif buat pemain, buat kelab - yang membuat semua seperti di arahkan untuk dilakukan - namun paling penting, buat peminat Indonesia kerana kedatangan kami disebabkan mereka,". 


Setakat ini tidak dapat dipastikan punca sebenar pemain berkenaan dihalang masuk ke negara itu. Pihak berkuasa Indonesia sehingga kini juga belum memberi sebarang ulasan. Bola sepak sangat popular di Indonesia dan sejumlah besar penyokong dilihat berhimpun di lapangan terbang bagi melihat sendiri dengan lebih dekat kedatangan bintang-bintang Eropah itu. 


Indonesia adalah perhentian terakhir jelajah musim panas kelab berkenaan, selepas mengambil bahagian pada Piala Juara-Juara Antarabangsa di Melbourne bersama Real Madrid dan Manchester City. - AFP