Download movie or watch movie online free. Direct download and fast. Watch trailer, imdb rating, action, thriller, romance, war. Ganool, YTS YIFY, RARBG. 720p, 1080p.

Tuesday 28 June 2016

Hukum Wanita Uzur Makan Secara Terbuka Di Ramadan

sting wanita ini menerusi laman sosial menceritakan pengalaman dia dan seorang rakan non-Muslimnya makan di restoran Chicken Rice Shop, Quill City Mall di ibu negara waktu tengah hari mencetuskan pelbagai komen.
Ada mempertikaikan tindakannya itu sebagai kurang sensitif tidak menghormati kesucian bulan Ramadan dan lebih dahsyat, ramai berang dengan langkah berani Mrym membuat tinjauan pendapat umum berhubung isu tersebut.
Isu ini menarik perhatian pakar agama dan ada memberikan hujah berdasarkan pandangan ulama tertentu sebagai rujukan untuk pencerahan permasalahan tersebut. Jom kita ikuti antara fatwa berhubung senario itu:

Fatwa Syaikh Abdul Aziz bin Abdullah bin Baz rahimahullah

Pertanyaan:
Sebahagian wanita berbuka di siang hari bulan Ramadan kerana uzur syarie (seperti mengalami haid atau nifas).
Bolehkah dia makan dan minum secara terang-terangan atau harus dilakukan secara disembunyi-sembunyi? Walaupun dia telah melakukannya lebih daripada tiga kali jamuan?
Jawapan:
Barangsiapa yang berbuka di bulan Ramadan kerana uzur syarie, hendaklah dia berbuka dengan sembunyi-sembunyi.
Seperti musafir yang tidak diketahui bahawa dia seorang musafir atau wanita yang tidak diketahui bahawa dia sedang haid.
Tatkala kondisi seperti ini hendaklah dia makan dan minum secara sembunyi. Sehingga dia tidak dituduh sebagai wanita yang meremehkan kewajipan (puasa) atau dia tidak dituduh sebagai lelaki yang meremehkan perintah Allah.
Adapun jika berada antara orang yang mengetahui keadaan dirinya sebagai musafir, atau seorang wanita berada di tengah-tengah kumpulan sesama wanita yang mengetahui bahawa dirinya sedang haid, maka tidak mengapa jika dia makan minum di hadapan mereka.
Adapun jika seseorang makan di hadapan orang lain yang tidak mengetahui keadaan dirinya, seharusnya hal ini tidak dilakukan. Bahkan yang wajib atasnya untuk bersembunyi, sehingga dia tidak dicurigai dengan keburukan.
Demikian pula wanita yang tidak diketahui oleh orang sekitarnya bahawa dia sedang haid, hendaklah dia tidak makan dan minum di hadapan mereka.
Hal ini boleh menjadi sebab dirinya dituduh sebagai wanita yang meremehkan perintah Allah kerana meninggalkan puasa.