Download movie or watch movie online free. Direct download and fast. Watch trailer, imdb rating, action, thriller, romance, war. Ganool, YTS YIFY, RARBG. 720p, 1080p.

Tuesday 28 June 2016

KL - Parah Melecur Akibat Jawab HP Di Stesen Minyak

GARA-GARA mahu menjawab telefon bimbit yang berdering ketika sedang mengisi minyak, seorang gadis mengalami kecederaan 60 peratus melecur pada anggota badan.

Insiden yang berlaku di stesen minyak Shell Setapak Indah jam 1.25 tengah hari tadi dikatakan berpunca apabila kereta jenis Perodua Axia meletup sebaik sahaja mangsa membuka pintu kereta bahagian hadapan untuk menjawab panggilan dari telefon bimbitnya.


Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Wangsa Maju R. Manogaran yang dihubungi mengesahkan kejadian ini.
“Ketika sedang mengisi minyak, telefon bimbit milik mangsa berdering. Letupan tercetus apabila mangsa membuka pintu kereta hadapan untuk menjawab panggilan dengan sebelah lagi tangannya masih mengepam minyak,” katanya.
Bagaimanapun menurut beliau, kenderaan terbabit tidak terbakar selepas berlaku letusan kecil yang mengakibatkan kecederaan kepada mangsa, seorang wanita berusia 25 tahun.
Mangsa dikejarkan ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk rawatan menggunakan ambulans kira-kira jam 2.07 petang tadi.
Manogaran turut menasihati orang ramai supaya tidak menjawab panggilan ketika mengisi minyak bagi mengelakkan kejadian sama berulang.
Khamis lalu, Saifuddin Ismail Din, 7, melecur 15% di muka, badan dan kaki akibat disambar api ketika ibunya mengisi petrol di stesen minyak Guchil, Kuala Krai.
Ketika kejadian, mangsa dipercayai sedang bermain pemetik api dalam kereta ketika Zakiah Mohd Det, 31, sedang mengisi minyak