Download movie or watch movie online free. Direct download and fast. Watch trailer, imdb rating, action, thriller, romance, war. Ganool, YTS YIFY, RARBG. 720p, 1080p.

Tuesday 7 July 2015

Pemain Bola Sepak, Rozaimi Parah Terlibat Kemalangan

Keadaan kereta Rozaimi selepas terlibat dalam kemalangan

KOTA KINABALU – Penyerang bola sepak Sabah yang juga pemain negara Rozaimi Abd Rahman, 23, dilapor parah setelah terbabit dalam nahas di Jalan Sekolah Jenis Kebangsaan (C) Shan Tao di sini, tengah hari tadi.
Ketua Unit Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat
Sabah, Mohd Affendy K. Ramin berkata, pihaknya menerima panggilan mengenai kemalangan itu kira-kira pukul 1.34 tengah hari.
“Laporan awal mendapati sebuah kereta jenis Honda terbabas di jalan berkenaan dan terdapat dua orang mangsa yang tersepit berjaya dikeluarkan oleh anggota bomba,” katanya.
Beliau berkata kedua-dua mangsa kemudiannya diserahkan kepada pihak ambulans untuk di bawa ke hospital. – BERNAMA