Download movie or watch movie online free. Direct download and fast. Watch trailer, imdb rating, action, thriller, romance, war. Ganool, YTS YIFY, RARBG. 720p, 1080p.

Saturday 4 July 2015

Rampasan dadah bernilai RM296 JUTA


KUALA LUMPUR — Polis merampas dadah yang disyaki ketamin
bernilai RM296 juta dan menahan dua lelaki termasuk seorang warga India dalam
dua serbuan, di Jinjang dan Rawang sejak semalam.
Ketua Polis Daerah Sentul ACP R. Munusamy berkata ha
sil risikan dan siasatan
sejak sebulan lepas, polis memberkas kedua-dua suspek berusia 36 dan 42 tahun
itu selain merampas sejumlah 19,230 kg dadah jenis ketamin dalam serbuan
itu.
“Dalam serbuan 5 petang semalam, seorang lelaki warga India berusia 36 tahun
ditahan di tepi Jalan Jambu, Taman Sri Delima di Jinjang setelah dilihat dalam
keadaan mencurigakan.
Hasil pemeriksaan terhadap suspek, polis menjumpai dua beg plastik di
dalamnya terdapat dua paket plastik lutsinar mengandungi serbuk warna putih.
Kedua-dua plastik itu berjumlah 10kg dadah disyaki ketamin,” katanya pada sidang
media, di sini hari ini.
Munusamy berkata hasil soal siasat terhadap suspek telah membawa pasukan
polis kepada serbuan kedua di sebuah rumah yang dijadikan stor tempat menyimpan
barang di Jalan Amansiara, Rawang, malam tadi.
“Selepas intipan selama beberapa jam, suspek kedua ditahan pukul 6 pagi tadi
iaitu seorang warga tempatan berusia 42 tahun dipercayai pemilik premis
berkenaan dan juga seorang ahli perniagaan.
“Turut dirampas dalam serbuan itu, sejumlah 762 guni plastik mengandungi
bahan-bahan memproses dadah disyaki ketamin berjumlah 19,050 kg dan 34 paket
plastik dadah itu berjumlah 170kg di stor berkenaan,” katanya.
Ketika ditanya mengenai rekod warga India itu, Munusamy berkata setakat ini
pihaknya masih menyiasat bila dan bagaimana dadah itu dibawa suspek ke negara
ini.
“Polis percaya mungkin ada satu atau dua lagi tangkapan selepas ini,”
katanya sambil menambah kesemua dadah itu dipercayai untuk pasaran dalam negara.– BERNAMA